16 January, 2011

ENTRY KOSONG TIDAK BERMAKNA

ASSALAMUALAIKUM


untuk entry kali ini. aku menulis ikut sedap hati. tak ada tajuk yg khusus. otak jammed. *apa yang aku nak tulis ni?*

sekarang pukul 6 pagi. terdengar azan subuh mendayu2 dari surau bawah rumah. *solat lebih baik daripada tidur*.idea baru muncul.

apabila kau melihat kebaikan yang dilakukan,apakah kau mengamalkannya? apabila kau melihat kemungkaran, apakah kau mencegahnya? dan apabila kau mengetahui ilmu, apakah kau mendalaminya? aku orang munafik! mengaku punya Tuhan. mengaku berpegang pada ajaranNya, mengaku bahawa Dialah yang Maha Besar, zatNya tak mampu kau tandingi dan kau bayangi. aurat kau tutup. mengaburi mata2 pemerhati. tapi hati? kotor dan hitamnya lebih hina dari si miskin yang hidup merempat. aku tak mampu menipu lagi.

*Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. sesungguhnya Kau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. bukakanlah pintu hatiku agar aku dapat melihat cahayaMu Ya Allah!*


aku tak mahu hidup melihat kejahilan manusia. aku tak sanggup melihat si jongos meratah sejantinaku. aku tak ingin melihat generasi akan datang tak berbapa. aku tak mahu apabila aku membuka ruangan2 koran, terpampang kisah2 bayi dijadikan makanan anjing2 kurap di bawah jambatan. mana letaknya akal pemikiran kita?! jangan kau hina kejadian kau yang diciptakanNya sebagai makhluk yang terpaling sempurna! jangan kau sia-siakan akal yang ada. jangan kau biar orang lain memandang hina dan menganggap kau tak ubah seperti sampah! jangan biarkan mereka mengelaskan kau mengikut kasta mahupun darjat. kerna kau,aku dan mereka sama. kejadian kau bermula dari segumpal tanah yang kotor dan busuk. kejadian kau bermula dari setitis air mani yang hina. kita semuanya sama. tiada istilah yang ditetapkan kitabnya bahawa yang si miskin tak layak berdampingan dengan si kaya. kau si kepala alam! dasar bangsa prejudis! perasan bagus! huh!


p/s :- rasa marah meluap-luap secara tiba2

No comments:

Post a Comment