09 January, 2011

SANG PUJANGGA BERTINTA




ASSALAMUALAIKUM



mungkin entry aku kali ini sangat berbeza dengan yang sebelum2 ini. kenapa? kalau sebelum ini aku menulis mengikut suka hati tanpa berfikir panjang. selalu menaip perkataan2 berunsurkan makian seolah2 tiada Yang Memerhati. maklumlah darah muda. tapi aku akan kurangkan penggunaan perkataan2 itu. supaya tidak ada lagi yang akan salah faham. baca dan nilai.

pernah 1 hari aku terbaca sebuah fanzine. mungkin aku tak berapa ingat tajuknya,tapi ada satu sajak yang meninggalkan kesan mendalam dalam hati. karya seorang anak muda yang tidak aku kenali.tetapi rasanya hati kuat mengatakan yang beliau tidak memilih kepopularitian. tetapi lebih selesa untuk bergerak secara sendiri dan menjadi sebahagian daripada penggerak2 bawah tanah. terus aku salin sajak yang aku baca itu;-


AKU DI MANA?

aku ini di mana?

mungkin di rumah,
mungkin di tepi jalan,
mungkin di dalam bilik mandi,
tahukah aku berada di mana?

aku mungkin di syurga,
mungkin di neraka,
mungkin aku melihat beribu kematian,
mungkin aku sedang menerima berjuta ujian,
beritahu aku berada di mana?

aku mungkin masih di dalam rahim seorang wanita,
mungkin aku di dalam botol minuman keras,
mungkin di dalam mangkuk tandas,
mungkin di tepi tong sampah,
layakkah aku berada di mana2?

aku mungkin di atas pokok,
mungkin di dalam kandang,
mungkin di atas bukit sedang menyalak,
mungkin di dalam kuali hangus dimasak,
mungkin dilautan dalam bersembunyi di balik lelumut,
kejadian aku Engkau letakkan di mana?

aku mungkin di dalam hati seorang insan,
mungkin di ranjang sedang dibuai nafsu,
mungkin di balik pintu besi yang berjanji akan memukulku,
mungkin aku seorang bapa,
mungkin juga aku seorang ibu,
terimalah aku yang berada di mana2!


karya yang ditinta oleh FATHUL ini menyimpan 1001 makna. mungkin sehingga ke hari ini aku masih lagi tercari2 maksud sebenar sajak ini. bukan apa, gaya penulisan seperti ini yang membuatkan aku teruja untuk membaca dan mentafsir sendiri. sekali sekala ingin menjadi seorang pencinta bahasa tidaklah menjadi satu kesalahan.

lalu aku ambil kertas bertulis yang kusimpan didalam dompetku itu untukku kongsikan bersama kawan2. tapi akhirnya apa yang aku dapat hanyalah gelak tawa mereka yang memandang aku dengan penuh persoalan. tapi tak apalah, mungkin cara pemikiran mereka dan aku berbeza. bak kata abang aku,kadang2 idea dan nasihat yang keluar dari mulut aku ini melangkaui batas umur aku. dalam erti kata lain*matang*. ye ke?

aku bukanlah seorang pujangga yang menulis lirik2 cinta, bukan sasterawan terulung dunia, dan bukan juga pahlawan yang mencipta sejarah yang menggoncang dunia sehingga namanya terpapar di muka2 buku teks tingkatan 5.aku cuma seorang penulis yang menulis mengikut gerak hati. bukan menulis mengikut idola pujaan hati, bukan juga menulis kerana takut diperhati dan ditertawakan sesama sendiri. kalau nak menulis kerana orang lain, lebih baik menulis tentang orang itu dan bukan tentang orang ini. asalkan tak menyentuh sensitiviti masyarakat, aku rasa tak salah kalau mengikut kemahuan sendiri. engkau adalah engkau yang memilih jalan hidup sendiri.


p/s ;- kerana aku adalah aku

No comments:

Post a Comment