01 January, 2011

HAPPY NEW YEAR!!!


ASSALAMUALAIKUM 2011!!

wahhhh!!!!<-----begitu teruja. seperti yang kita tahu,tahun 2010 dah pun selamat melabuhkan tirainya dan 2011 pun menjelma. tahun 2010 banyak meninggalkan kenangan pahit dan manis yang sangat bermakna dalam diri aku sendiri.ada yang buruk aku jadikan kenangan, ada yang baik aku jadikan teladan. well, selalunya bila masuk tahun baru je mesti ada azam baru kan2?padahal azam tahun lepas(sebenarnye baru semalam) pun tak tertunai2 lagi. kadang2 ada yang buat azam pun untuk suka2 je. biaselah tu cik kiah oii... tapi, kadang2 kita tak sedar, bila masuk tahun baru bukan azam je yang baru. tapi tanggungjawab pun baru, cabaran baru, umur baru, boyfriend baru*tetibe*. bagi aku sendiri, tahun 2011 ni merupakan tahun yang penting bagi aku. kenape2???

1. WEDDING CEREMONY

29/1 ni insyaallah abang aku KHAIRUL ZHAFRAN & NORSHIDATUL AIN akan diijabkabulkan kalau ikut perancangan la. kalau nak diikutkan ni kenduri kahwin kedua dalam family kitorang. kakak aku dah lepas dah. i hope everything is going to be just fine. insyaallah.... aku pun bersyukur gak sebenarnye sebab family aku dgn family kak ain sangat ngam. amin..

2. LESEN KU SAYANG!

haha... lepas je habis sekolah nanti bolehla terus ambik lesen kereta.yeah! walaupun aku ni sebenarnye cuak nak bawak kete tapi kalau tak cuba sampai bila kan3? tapi terpaksa ambik lambat sikit. maklumlah... umur tak berapa nak cukup.haha. nanti boleh bawak mama jalan2!(padahal).

3. SPM

haaa....gila kau nak main2 tahun ni. Sijil Penempah Maut ni la yang akan menentukan masa depan aku. takkan la selama2 nya nak jadi orang bodoh je kan. aku nak gak rase jadi orang pandai(sebenarnye takut mama libas ngan tali pinggang). hahaha. tak kisah la pape pun. banyak yang aku nak buktikan dekat orang lain dengan result spm aku nanti. aku nak tebus balik kesalahan aku kat mama sebab keluar dari asrama dulu. aku nak buktikan yang aku boleh belajar dengan cara aku sendiri. aku jugak nak buktikan yang anak bongsu mama nilah yang akan bawak mama naik atas pentas ambik anugerah okay!(azam nihh)

so, sebagai konklusinye<----praktice buat ringkasan. aku harap tahun 2011 ni akan membawa sejuta makna dan keberkatan dalam hidup aku. selain tu, aku harap segala cita2 dan impian@azam aku akan tercapai dengan jayanya! hanya dengan cara inilah aku mampu membangkitkan motivasi dalam diri aku untuk maju ke hadapan dan tidak menoleh ke belakang lagi!<-----(sila hayati babak ini sambil dengar lagu 1Malaysia). haha. sekian untuk entry kali ini. aku nak ucapkan "WELCOME 2011, GOODBYE 2010"! salam...

No comments:

Post a Comment