20 March, 2011

DUNIA KHAYALAN CIPTAAN SENDIRI

ASSALAMUALAIKUM

bila kau dikritik bodoh, tahu marah. tapi kau masih tak berubah. mengautakan fakta kau punya kerja. kau kata kau yang terpaling agung dalam dunia. segala rahsia ilmu alam kau tahu segala. tapi bila kebenaran yang kau nafikan, masih adilkah aku untuk kau cerca? bila ditanya mengapa laporanmu bertinta merah, kau katakan cikgu yang salah semua. hasadkan kau yang paling bijaksana. bila kau lihat pemimpin songsang menggebang cerita, kau bilang dia salah berbahasa. tapi bila ditanya mengapa kau tak mengutara? kau bilang kau tak berpeluang saja. bila tiba kesempatan yang kau mahukan, ditanya mengapa kau tak membuka cerita? kau kata kau harus menjaga hati semua. nah! ini yang kau kata bijak? ptui!! dimata binatang itu semua! aku yang berjihad untuk kebenaran kau kata propaganda semata. ya aku! segalanya tentang aku yang kau mahu bermuram durja. tapi tak apalah. seperti yang aku pernah kata, aku bukan hidup untuk menjadi boneka manusia. aku hanya hidup untuk dunia khayalanku saja. nikmati dunia kau. jangan kau ganggu risalah hidup aku..


p/s ;- persetan itu semua

No comments:

Post a Comment