24 March, 2011

DARI SUATU SISI ITU



ASSALAMUALAIKUM


Putus cinta memang menyakitkan kan? Aku sebenarnya tak pasti sama ada aku pernah putus cinta dalam erti kata sebenarnya atau tak. Kadang2 apa yang kita rasa cinta ni sebenarnya cuma sebuah persinggahan sahaja. Sebab bagi aku, bila sampai suatu masa nanti, kita akan jumpa dengan seseorang yang mampu mengubah perjalanan hidup kita. Bukan pasangan kita yang mengubah kita, tapi kita yang mengubah diri kita sendiri tanpa kita sedari. Mungkin itu yang aku akan kata cinta bukan persinggahan. Melihatkan orang di sekeliling aku yang melalui perjalanan ni bukan sekali tapi berulang kali membuatkan aku tertanya2, ‘tak serikkah?’. Mereka jatuh, bangkit, jatuh dan bangkit semula untuk meneruskan perjalanan dalam mencari cinta sejati.

Sebagai seorang perempuan, aku mengaku yang perempuan juga jenis yang cepat bosan dengan pasangan masing2. Bagi yang hipokrit di luar sana, percayalah kau juga tergolong dalam jenis ini. Cuma yang membezakan setiap perempuan itu adalah rasa belas , sayang dan bertanggungjawab. Ketahuilah lelaki, apabila seseorang perempuan itu memberikan alasan ‘awak terlalu sempurna untuk saya’ untuk memutuskan hubungan, itu hanyalah alasan semata dan bukanlah apa yang keluar dari hatinya. Seterusnya apabila lelaki itu ingin memujuknya, dia akan bertegas dengan keputusannya. Kata-kata yang akan keluar dari mulutnya seperti ‘ini keputusan saya yang muktamad’, ‘theres nothing gonna change my mind’, ‘saya tak ditakdirkan untuk awak’, ‘saya bukan perempuan yang baik’, ‘saya tak layak untuk awak’, ‘awak patut dapat perempuan yang lebih baik dari saya’ dan sebagainya. Itu hanyalah ALASAN. Untuk budak2 sekolah pula, alasan yang paling femes mestilah ‘saya nak tumpukan perhatian pada pelajaran’, atau ‘ibu bapa saya tak merestui hubungan kita’. Amacam perempuan, does these line sounds familiar to you? Kalau apa yang dikatakan itu betul tak apa lah. Tapi kalau betul tahu2 je seminggu lepas itu status kat Facebook dari ‘single’ dah bertukar kepada ‘is in a relationship with bla bla bla…’. Tak betul ke?

Untuk pengetahuan anda para lelaki2 sekalian, alasan yang perempuan bagi itu sebenarnya nak menutup perasaan sebenar dia yang mereka dah bosan dengan pasangan masing2. Selepas itu, mereka cuba mewujudkan satu situasi yang menunjukkan mereka ni sebenarnya tak bersalah. Yalah, takkan nak cakap terus terang ‘weh,kau ni boring lah.aku dah menyampah nak tengok muka kau.aku dah ada balak baru.so, kau boleh blah la’. Tak ke kejam namanya tu. Disebabkan itulah alasan2 yang aku sebutkan tadi diwujudkan. Tak percaya cakap aku? We’ll see.

Tapi tak apalah para lelaki sekalian, bagi perempuan yang terlalu bodoh kerana membuat keputusan untuk meninggalkan lelaki yang sesempurna anda, ada balasan yang menanti mereka. Hukum karma tak pernah salah. Biarlah dia gembira dengan keputusan dia. Akan ada suatu hari nanti, dia pula yang akan ditinggalkan oleh orang yang sangat dia sayangi. Lelaki yang meninggalkan dia itu pula akan meludah semula alasan yang pernah dia beri pada anda dulu. Kalau tak pun, dia akan dihantui rasa bersalah yang akan menghimpit hidup dia selamanya. Macam aku.. ya aku. Apa yang aku cakapkan tadi merupakan pengalaman hidup aku sendiri. Terlalu mementingkan perasaan diri sendiri sampaikan aku tak pedulikan perasaan orang yang aku sakiti. Mungkin sebab itulah sampai sekarang hati aku tak terbuka untuk mana2 lelaki. Setiap saat dihantui dengan bayang2 silam. Tapi tak apalah, sekurang-kurangnya aku sedar dengan kesilapan aku sendiri. Oleh itu lelaki, bangunlah. Jangan biarkan harga diri kau jatuh semata mata untuk seseorang yang menganggap kau tak ubah seperti sampah. Airmata kau tak berbaloi untuk perempuan jenis ini. Pergilah meneruskan kehidupan yang kau tinggalkan. Kerana sudah tertulis takdir kau di dalam Al-Quran sebagai seorang pemimpin. Teruskanlah…


p/s:- untuk kali ini, aku hanya melihat dari sisi seorang insan yang bernama lelaki…

No comments:

Post a Comment