12 June, 2011

belasungkawa

ASSALAMUALAIKUM

mati. sesuatu yang PASTI. kau takkan boleh lari. walau sejauh mana langkah kau pergi...
5 Jun 2011
subuh itu aku terjaga.terdengar suara kak long mengejutkan aku yang tidur.aku buka mata.aku nampak dia menangis teresak-esak.'NENEK DAH TAK ADA'.

*diam*
*diam lagi*





*masih diam*


aku macam bermimpi.terus aku bangun mandi.kemudian baru aku sedar apa yang dah jadi. aku terduduk.



*menangis*



terus aku balik kampung. sampai di kampung, aku lihat sekujur tubuh yang terbaring. awan mendung pagi tu. tapi hujan di dalam rumah. semuanya tak mampu menahan airmata. begitu cepat nenek tinggalkan kami. sanak saudara yang jauh dan dekat bergegas pulang. kereta yang dipandu bagai nak terbang. takut tak sempat. aku cuba tabahkan hati. tapi tak mampu... rata-rata menagis bagaikan anak kecil. aku lihat jenazah nenek dimandikan dan dikafankan. aku juga menjadi saksi di saat nenek diturunkan ke liang lahad itu. aku yang pada mulanya tak berhenti menangis, tersenyum. kerana wajah nenek turut tersenyum...

aku redha dengan kepergian nenek. biarlah tenang hatinya menemui Tuhan Yang Maha Esa. sudah sampai masanya nenek memulangkan pinjaman sementaranya. bukan nenek je, kita semua perlu mengembalikan pinjaman itu. tidak boleh tidak. bezanya kita, cepat atau lambat. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh.

Al-fatihah....




 dalam kenangan
Hajah Masirah Bt Kamit


p/s ;- Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, maksudnya: "Apabila mati
seseorang anak Adam, terputus segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu
sedekah jariah, ilmu pengetahuan yang berguna dan anak yang baik yang
sentiasa mendoakannya."


No comments:

Post a Comment