06 October, 2012

LELAKI

ASSALAMUALAIKUM



LELAKI mengikut konteks kefahaman aku. Kaum yang paling banyak mengalah dengan wanita. Ya, aku akui mereka ego. Tak pandai tunjuk sayang dan cinta. Tak pernah peduli dengan perkara remeh yang kita wanita, anggap penting. Dan mereka percaya, sayang tak semestinya perlu sentiasa bersama. Tapi sekali mereka jatuh sayang, cinta itu sampai mati dia bawa. Mungkin kau kata mereka dayus, sebab mudah mengalah. Tapi mereka sedang cuba faham kita. Itu yang kau tak nampak. TAPI tolong, jangan sesekali kau cabar kesabarannya dia. Bila selalu dipijak kepala, akan sampai satu tahap dia tinggalkan kita, takkan ada satu cara pun yang dapat ubah keputusan dia. Biarpun kita sampai berdarah air mata. Takkan ada dia lagi yang datang memujuk. Menyesal pun tak guna. Ya, aku tak rasa kepedihan yang kau rasa. Siapalah aku untuk bercakap tentang cinta yang aku sendiri tak punya. Tapi aku, tak mahu kau ulang kesilapan yang pernah aku cuba untuk ulang balik masa. Dan mulakan segalanya semula. Hilang dia yang aku tak pernah cuba hargai. Aku tulis di sini khas untuk kamu semua serta manusia kesayangan aku yang lain. Biar kamu tak pernah lupa. Hubungan tanpa tolak ansur, rasa hormat dan sabar takkan kemana. Disebabkan rasa amarah yang tak seberapa, kita hilang semua. Syaitan bersorak gembira di sudut sana. Belajar dari pengalaman. Cukuplah dengan contoh yang ada depan mata. Sebab mungkin kita tak sedar, kita manusia paling bertuah dalam dunia.



p/s : Maaf aku update entry secara tiba-tiba selepas hilang tanpa jejak

No comments:

Post a Comment