14 January, 2012

BEBAS BERTERBANGAN ;)




ASSALAMUALAIKUM


Seperti biasa, tak lengkap rasanya tulis entry tanpa pembuka kata. Hampir 5 bulan aku biar blog ni terbengkalai. Takde masa lah. Nothing special untuk entry kali ini. Cuma aku nak kongsi rasa je.

Dah lama aku tak rasa setenang ni. Selama ni aku asyik hidup dalam perasaan yang serba salah. Serba tak kena. Tapi haritu aku terbukak wall dia. Dan aku nampak dia dah pun teruskan kehidupan dia dengan relationship yang baru. Mulanya aku ingat aku akan marah, kecewa. Tapi tak. Sebenarnya aku rasa lega. Sangat lega. Sebelum ni aku asyik rasa menyesal sebab kecewakan dia. Dan dia pun nampaknya masih mengharapkan aku. Mungkin sebab tu hati aku tak pernah terbuka untuk mana2 lelaki selepas dia. Disebabkan rasa bersalah yang teramat sangat tu. Tapi hari ini, aku boleh tersenyum sebab dia dah pandang ke depan. Mungkin aku pun patut buat benda yang sama.


*tersenyum*


Tipulah kalau aku kata aku tak sayangkan dia. Perasaan tu masih ada. Tapi biarlah setakat sayang seorang sahabat lama je. Aku pun tak mengharapkan lebih daripada tu. Biarlah segala apa yang pernah kitorang lalui dulu tinggal sejarah. Kadang2 kita perlu toleh ke belakang sekejap, lalu pandang semula ke hadapan untuk teruskan hidup. Sematkan dalam hati dan kata "Semua tu hanya kenangan yang jadi persinggahan dalam hidup". Terima kasih sebab pernah bagi peluang untuk aku jadikan kau sebahagian daripada mimpi2 indah aku. Aku cuma mampu doakan kau bahagia je;)



p/s :- happy to watch him finally found his own happiness. now its time for mine;)




No comments:

Post a Comment