06 May, 2012

KERETAMAYAT

ASSALAMUALAIKUM


oh ya, dah berapa lama ni? hampir empat bulan aku rasa. ahaha! aku memang sangat pemalas nak update blog. takde kerja aku tiap2 hari nak update blog. bukan kau nak baca pun.  kalau kau rasa hobi kau nak baca2 blog ni, bukak la blog aku 5bulan sekali. tak payah nak dijeling pun. sebab aku bukan menulis untuk kau follow ramai2. kalau nak follow, sukahati buah pinggang kau lah. kalau taknak, tak terkesan kotoran degil pun kat hati aku ni. (ehem, berbalik pada tajuk entry aku).

kau pernah baca keretamayat.blogspot.com? kalau kau rasa kau jahil agama. tapi pemalas nak mati dengar ceramah agama (baca buku agama apatah lagi). singgah2 la ke blog milik Encik Hamka ni. jangan risau, aku tak dapat waima seposen pun komisen daripada mempromote blog beliau. sejujurnya, aku boleh dikategorikan sebagai orang yang islam pada sekadar nama je. amal ibadah semua tunggang langgang. tapi kau pun jangan lah jadi bodoh jugak macam aku. sekali sekala pergi la bukak website yang mendatangkan ilmu dunia mahupun akhirat. daripada kau bukak youtube layan video arrivals,illuminati etc. takpun dok mengunci pintu bilik sebab taknak makbapak kau tahu yang kau tengah layan redtube apekejadah. (jangan ditanya mana aku tahu). tapi lepas baca blog ni, aku pun berusaha juga nak berubah kearah lebih baik. Insya-Allah....

sebelum aku menyimpang lagi jauh. jom ikut aku baca blog ni. sebenarnya aku pun taktau macam mana blog keretamayat ni boleh ada dalam list blog yang aku follow. seriously aku tak ingat. tapi dah alang2 tu aku pun baca la nak mengisi masa lapang. honestly aku cakap blog ni memang best kalau kau memang nak tahu ilmu agama serba sikit secara santai@relax. tapi harus diingatkanlah, penulis blog tu bukanlah ustaz,ulama mahupun imam2 masjid besar semua bagai. dia cuma seorang hamba Allah yang selalu mengingatkan sesama kita mengenai mati. kalau kau nak tanya hukum hudud semua bagai, kau pergilah tanya Ustaz Azhar Idrus tu. jangan ditanya Encik Hamka. silap haribulan dimakinya. haha. tapi kalau setakat nak tanya pendapat dia bolehlah. oh ya, penulis memang takde kaitan langsung dengan aku dari mana2 sudut sekalipun. memang aku saja nak bagi credit kat dia.

mula2 aku tengok blog dia ni memang sakit hati juga lah. pasal apa, entry dia boleh tahan panjang kemain. tapi bila kau dah start baca, memang tak boleh berhenti. cara penulisan memang kelakar dan sempoi. tak rugi kau baca. lagi banyak untung daripada kau dok google pasal kiamat 2012 apekejadaharamnya. paling tak, boleh kau tambah sikit ilmu kau yang tak seberapa tu tapi dok sibuk nak tarbiah orang pasal hijab apekehal? penulis banyak share topik yang meluas dari orang bujang, dah kawin, janda, duda, muda belia, sampai lah tua miang keladi. tapi 18 tahun ke atas la. kalau kau tak cukup umur tapi gedik nak baca juga lantak pi lah. bukan aku sakit pun. macam manapun, entry dia masih berkisarkan isu mati.

aku tak ada niat apa pun. saja suka2 nak share benda yang baik je. bak kata member2 aku, aku ni kan wikipedia bergerak. semua benda nak share. (sial, aku nak bagi kau ilmu tau tak?!). ehem, maaf atas keceluparan. alah, tak rugi apa pun. bukan aku suruh kau join MLM karut marut tu. tak susah. kau pergi tulis keretamayat.blogspot.com kat atas nun. lepas tu, luangkan masa kau yang mahal sangat tu sekejap je. dah dapat ilmu share ngan kengkawan lain. ajak orang buat benda baik kira berdakwah apa?



p/s : aku telah lama kelakar, hari ini kamu ketawakan aku, bukankah kita semua akan jadi mayat?
- encik hamka (keretamayat.blospot.com) -

No comments:

Post a Comment