31 May, 2012

APA BEZA ARTIS KOREA DENGAN ARTIS MALAYSIA


ASSALAMUALAIKUM

Okay, maybe tajuk entry kali ni macam pelik sikit tapi memang dah lama sebenarnya aku nak tulis pasal benda ni. Terus terang aku cakap dulu bila aku dengar je pasal kpop ni mulalah rasa geli geleman satu badan. Lagilah bila budak kelas aku dulu semua memang kipas-susah-mati mamat jambu korea ni. Bila dengar je lagu Super Junior mula lah kena sawan hallyu dia. Punyalah benci aku masa tu sampai nak dimakinya budak budak kelas ni. Tapi itulah kan, orang tua tua pernah cakap “jangan benci sangat, nanti suka”. Nak dijadikan cerita, entah macam mana lah aku boleh terjebak dengan benda benda kpop ni. Memang hallyu freak gilalah aku. Lagi kritikal start dari tahun lepas. Aku duduk dengan member aku yang memang hardcore punya kpop. Lagilah aku terjebak. Hambik kau! Dulu bukan main menyampah, menyumpah semua bagai. Ambik ubat! Sekarang ni pantang dengar orang dok menghina kpop ni, dalam hati rasa nak lempang je orang yang cakap tu. Haha.

Eh eh, tapi bukan tu sebenarnya tujuan utama aku nak tulis entry ni. Setakat nak promote kpop, aku rasa semua orang dah tahu dah apakebendanya tu. Aku sebenarnya nak kongsi sikit pendapat aku kenapa orang suka sangat budaya kpop ni. Mungkin ada yang kata pengaruh budaya ni sekadar trend semasa yang tak akan bertahan lama. Esok lusa lagi hilang lah. Okay, aku tak nafikan yang benda tu memang betul. Ada juga yang marah sangat dengan budak budak yang terbawa-bawa budaya kpop ni. Mereka ni selalu tertanya-tanya apa yang bagus sangat muzik kpop tu sampai budak budak Melayu sekarang terlalu mengagung-agungkan sangat budaya ni. Lebih baik dengar lagu tempatan ye tak? Haa, meh sini aku nak bagitahu apa beza artis tempatan dengan artis kpop.

Artis tempatan
-           Nyanyi lagu cover, upload dalam Youtube, terus famous, dapat buat duit juta-juta.
-           Tak perlu bakat sangat, tayang dada, tayang betis sikit,  ambil gambar tepi kolam renang, basah basah sikit, nama naik sebab kontroversi.
-           Berlakon macam hampeh pun tak apa, asalkan muka lawa macam Siti Nurhaliza, untung untung kena bela dengan VVIP.
-           Baru famous satu dua lagu dah demand nak bilik make up sendiri, aircond sendiri, jamban sendiri.
-           Disiplin memang out, berlatih baru sejam dua dah nak balik, kedatangan ke set pengambaran tak pernah awal, ini punya perangai pun ada hati nak marah bila dapat bayaran ciput?

Artis korea
-          Nak jadi artis, kena pandai menyanyi, menari, berlakon, ada rupa. Tak ada salah satu, boleh blah nak famous kat korea.
-           Jadi pelatih di agensi seawal umur 11 tahun, diajar menari, menyanyi, berlakon semua. Dah pro, baru layak nak debut.
-           Walaupun dah berlakon banyak drama dan filem, sekali buat perangai, anytime kena kick dari agensi. Karier musnah sekelip mata.
-           Demand? Eh hello, Rain tu 8 tahun kena simpan sebelum debut tau? Kau tengok sekarang famous dia sampai mana? Amarrrikaaaaa nun.
-           Oh ya, fyi kumpulan kpop Infinite tu berlatih 18 jam sehari untuk tarian sahaja okay!

Maaf maaf. Agak emotional aku di situ. Tapi apa yang aku bagitahu tu semuanya fakta belaka okay. Kau tak percaya, pergi google sekarang. Sebab tu artis kat korea ni sangat berkerja keras untuk majukan karier mereka. Disebabkan kena tekanan perasaan sampai ada yang bunuh diri. Itu memang aku tak tipu. Diorang ni terpaksa bertungkus-lumus untuk kekal dalam industri sebab persaingan yang terlalu sengit. Jadual tahunan memang padat gila sampaikan nak jumpa keluarga sendiri pun susah, apatah lagi nak bercintan-cintun ni. Oh ya, untuk yang tak tahu. Artis kpop berkumpulan ni akan tinggal bersama dalam satu asrama untuk memudahkan urusan karier diorang. Setiap kali ada show, diorang ni nak cari masa tidur pun payah. Hari ni pergi London, esok terbang ke LA, malam esok terbang ke Korea balik. Kadang kadang tu make up pun dalam flight je. Gila kau tak penat macam tu punya life. Aku ambil contoh kumpulan Beast. Group ni memang famous dengan nama ‘recycle group’. Sebabnya semua ahli kumpulan ni pernah kena reject banyak kali dengan agensi lain atas alasan tak cukup bagus. Tapi diorang tak putus asa sebab nak buktikan yang diorang ni bukan sembarangan orang. Tak lama lepas tu, Cube Entertainment terima Beast dan diorang famous sampai sekarang.

Aku bukan nak racist tapi artis tempatan kita kurang peka. Ada antara diorang ni yang sambil lewa je bila dah terkenal. Dekat korea, kalau prestasi kurang memuaskan, bila bila masa je kau boleh kena buang. Contohnya Seungri dari kumpulan BigBang. Dia pernah nak ditendang keluar dari kumpulan tu disebabkan prestasi dia yang teruk. Tapi dia merayu untuk diberi peluang kedua dan nasib baik, dia masih lagi dalam kumpulan tu sampai ke hari ini. Kita tengok Rain pula. Ni kalau korang tak kenal gak aku pun tak tahu nak cakap apa. Ala yang berlakon cerita full house tu lah. Dulu ada orang pernah cakap dekat Rain yang dia tak ada harapan dalam dunia hiburan ni disebabkan saiz mata dia yang terlalu kecil. Tapi lepas dia debut dengan JYP Entertainment, Rain terus famous sampai ke pasaran US. Dia banyak berlatih dan belajar bercakap dalam bahasa inggeris dan sekarang ni, nama dia sebaris dengan pelakon terkenal Hollywood. Rain juga pernah tersenarai dalam 100 Most Wanted People oleh majalah terbesar US iaitu majalah People. Banyak filem Hollywood yang dia dah berlakon antaranya; Speed Racer, Ninja Assasins etc.

Tapi tak semua artis korea ni bagus sangat. Ada juga yang buruknya. Sebagai contoh ;

-           Fesyen pakaian diorang yang kadang kadang terlalu pelik, mengarut dah overact (seluar bersambung dengan skirt?dafuq?!)
-           Menurut kajian, hampir 90% artis di korea menjalankan pembedahan plastik untuk kelihatan cantik dan kacak. Walaupun penerimaan peminat sekarang lebih terbuka tapi still, fake.
-           Asal lelaki je mesti nak buat muka comel. Susah nak jumpa penyanyi lelaki yang manly (buing buing?gth)
-           Kalau lelaki pun macam tu, perempuan apetah lagi. Nak comel je 24/7. Muntah (okay yang ni memang aku jealous)
-           Ada rumors mengatakan yang kebanyakan live diorang miming je. Whoa

Aku cuma nak kongsi pendapat aku sahaja. Itu apa yang aku rasa. Aku tak ada niat pun nak bangga-banggakan sangat artis luar ni ataupun nak menghina artis tempatan tak berkualiti. Aku pun boleh lah dikatakan kipas-susah-mati budaya kpop ni gak. Tapi tu tak bermakna aku tak ambil tahu pasal artis tempatan. Aku cuma harap yang korang kat luar sana janganlah membenci sangat kpop ni. Nanti jadi macam aku. Kan dah terjebak. Haha. Kalau kau taknak dengar, jauhkan lah diri tu daripada sebarang pengaruh korea ni. Win win situation. Sekurang-kurangnya semua orang tak sakit hati. Untuk artis kita pula atau lebih tepat, artis MALAYSIA. Daripada kalian ni marah marah tak puas hati. Kononnya penganjur berat sebelah. Tak beri peluang untuk artis tempatan berkarya. Lebih baik anda semua ni ubah mentaliti masing masing. Cuba ambil positive value artis luar ni. Jadikan panduan dan pembakar semangat untuk terus memajukan diri dan industri tempatan. Sedangkan artis senior macam Fasha Sandha tu pun punctual gila kat set, kau setakat baru sebulan dua jadi artis dah nak kekwat. Tapi kot ya pun kau jangan lah pula konon konon nak ditirunya budaya kpop ni. Memang tak salah, tapi nak tiru pun buatlah betul betul. Ni tak, ambil ahli ramai ramai sampai berbelas-belas orang, dress up pun nak macam mat korea, tapi bab menari dengan menyanyi hancur. Disiplin sikitlah bro. Manalah tahu satu hari nanti pengaruh mpop sampai kat korea pulak ke?

Majulah industri muzik Malaysia!

p/s : segala info yang aku kongsi dipetik dari google. Kalau ada salah silap harap maafkan encik google. Bukan aku. Heheh



8 comments:

  1. dude, head's up man!! kpop is a gay shit. get a life.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dude, chill. its just my friggin opinion. no offense :)

      Delete
  2. i dont like kpop. but then after reading all the fact in google i found them so awesome. nice entry . thumbs up :)

    ReplyDelete
  3. Gile la.tyn. Gahaha. Kan da kene sound ngan hacker us tu.

    ReplyDelete
  4. sya stuju 100%.. sbb tu artis malaysia tak maju2.. kurang brdisiplin.. bru naik skit dh lupa diri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daripada dengki dengan rezeki orang lain, lebih baik cermin diri, cari kelemahan diri dan baiki. Baru boleh berjaya.

      Btw, terima kasih atas feedback :)

      Delete