06 October, 2012

LELAKI

ASSALAMUALAIKUM



LELAKI mengikut konteks kefahaman aku. Kaum yang paling banyak mengalah dengan wanita. Ya, aku akui mereka ego. Tak pandai tunjuk sayang dan cinta. Tak pernah peduli dengan perkara remeh yang kita wanita, anggap penting. Dan mereka percaya, sayang tak semestinya perlu sentiasa bersama. Tapi sekali mereka jatuh sayang, cinta itu sampai mati dia bawa. Mungkin kau kata mereka dayus, sebab mudah mengalah. Tapi mereka sedang cuba faham kita. Itu yang kau tak nampak. TAPI tolong, jangan sesekali kau cabar kesabarannya dia. Bila selalu dipijak kepala, akan sampai satu tahap dia tinggalkan kita, takkan ada satu cara pun yang dapat ubah keputusan dia. Biarpun kita sampai berdarah air mata. Takkan ada dia lagi yang datang memujuk. Menyesal pun tak guna. Ya, aku tak rasa kepedihan yang kau rasa. Siapalah aku untuk bercakap tentang cinta yang aku sendiri tak punya. Tapi aku, tak mahu kau ulang kesilapan yang pernah aku cuba untuk ulang balik masa. Dan mulakan segalanya semula. Hilang dia yang aku tak pernah cuba hargai. Aku tulis di sini khas untuk kamu semua serta manusia kesayangan aku yang lain. Biar kamu tak pernah lupa. Hubungan tanpa tolak ansur, rasa hormat dan sabar takkan kemana. Disebabkan rasa amarah yang tak seberapa, kita hilang semua. Syaitan bersorak gembira di sudut sana. Belajar dari pengalaman. Cukuplah dengan contoh yang ada depan mata. Sebab mungkin kita tak sedar, kita manusia paling bertuah dalam dunia.



p/s : Maaf aku update entry secara tiba-tiba selepas hilang tanpa jejak

28 July, 2012

I MISS THEM T_T

ASSALAMUALAIKUM


Malam tadi demam panas. Sampai harini sakit2 badan. Rindu rumah :( Call mama dengan abg ayie malam tadi. Tapi tak angkat sebab tidur. Tetiba mama call balik. Aku kan anak manja. So yeah, tak pasal2 nangis mengadu kt mama. Kesian dia susah hati dengar aku macam tu. Sorry ma, next week adik balik ye. Then pagi tadi, ibu (mak wahida, bff aku) pm kt FB. Dia tanya demam dah kebah ke belum. Sumpah sedih. Ibu cakap mama yang bagitau. Betapa caring nya ibu dengan aku. Tetiba je aku home sick gila. Padahal Putrajaya dengan Melaka tu bukan jauh mana pun. Apa2 pun aku tak boleh nak mengalah sekarang. Banyak lagi impian yang aku nak capai. For the sake of my future and my family, I have to be strong. InsyaAllah. Salam Ramadan :)


Mama dengan baba. I miss them :'(



Ibu angkat saya :)



p/s : Syukur Alhamdulillah Ya Allah, aku dikurniakan dua orang ibu yang sangat baik dan penyayang :')


31 May, 2012

APA BEZA ARTIS KOREA DENGAN ARTIS MALAYSIA


ASSALAMUALAIKUM

Okay, maybe tajuk entry kali ni macam pelik sikit tapi memang dah lama sebenarnya aku nak tulis pasal benda ni. Terus terang aku cakap dulu bila aku dengar je pasal kpop ni mulalah rasa geli geleman satu badan. Lagilah bila budak kelas aku dulu semua memang kipas-susah-mati mamat jambu korea ni. Bila dengar je lagu Super Junior mula lah kena sawan hallyu dia. Punyalah benci aku masa tu sampai nak dimakinya budak budak kelas ni. Tapi itulah kan, orang tua tua pernah cakap “jangan benci sangat, nanti suka”. Nak dijadikan cerita, entah macam mana lah aku boleh terjebak dengan benda benda kpop ni. Memang hallyu freak gilalah aku. Lagi kritikal start dari tahun lepas. Aku duduk dengan member aku yang memang hardcore punya kpop. Lagilah aku terjebak. Hambik kau! Dulu bukan main menyampah, menyumpah semua bagai. Ambik ubat! Sekarang ni pantang dengar orang dok menghina kpop ni, dalam hati rasa nak lempang je orang yang cakap tu. Haha.

Eh eh, tapi bukan tu sebenarnya tujuan utama aku nak tulis entry ni. Setakat nak promote kpop, aku rasa semua orang dah tahu dah apakebendanya tu. Aku sebenarnya nak kongsi sikit pendapat aku kenapa orang suka sangat budaya kpop ni. Mungkin ada yang kata pengaruh budaya ni sekadar trend semasa yang tak akan bertahan lama. Esok lusa lagi hilang lah. Okay, aku tak nafikan yang benda tu memang betul. Ada juga yang marah sangat dengan budak budak yang terbawa-bawa budaya kpop ni. Mereka ni selalu tertanya-tanya apa yang bagus sangat muzik kpop tu sampai budak budak Melayu sekarang terlalu mengagung-agungkan sangat budaya ni. Lebih baik dengar lagu tempatan ye tak? Haa, meh sini aku nak bagitahu apa beza artis tempatan dengan artis kpop.

Artis tempatan
-           Nyanyi lagu cover, upload dalam Youtube, terus famous, dapat buat duit juta-juta.
-           Tak perlu bakat sangat, tayang dada, tayang betis sikit,  ambil gambar tepi kolam renang, basah basah sikit, nama naik sebab kontroversi.
-           Berlakon macam hampeh pun tak apa, asalkan muka lawa macam Siti Nurhaliza, untung untung kena bela dengan VVIP.
-           Baru famous satu dua lagu dah demand nak bilik make up sendiri, aircond sendiri, jamban sendiri.
-           Disiplin memang out, berlatih baru sejam dua dah nak balik, kedatangan ke set pengambaran tak pernah awal, ini punya perangai pun ada hati nak marah bila dapat bayaran ciput?

Artis korea
-          Nak jadi artis, kena pandai menyanyi, menari, berlakon, ada rupa. Tak ada salah satu, boleh blah nak famous kat korea.
-           Jadi pelatih di agensi seawal umur 11 tahun, diajar menari, menyanyi, berlakon semua. Dah pro, baru layak nak debut.
-           Walaupun dah berlakon banyak drama dan filem, sekali buat perangai, anytime kena kick dari agensi. Karier musnah sekelip mata.
-           Demand? Eh hello, Rain tu 8 tahun kena simpan sebelum debut tau? Kau tengok sekarang famous dia sampai mana? Amarrrikaaaaa nun.
-           Oh ya, fyi kumpulan kpop Infinite tu berlatih 18 jam sehari untuk tarian sahaja okay!

Maaf maaf. Agak emotional aku di situ. Tapi apa yang aku bagitahu tu semuanya fakta belaka okay. Kau tak percaya, pergi google sekarang. Sebab tu artis kat korea ni sangat berkerja keras untuk majukan karier mereka. Disebabkan kena tekanan perasaan sampai ada yang bunuh diri. Itu memang aku tak tipu. Diorang ni terpaksa bertungkus-lumus untuk kekal dalam industri sebab persaingan yang terlalu sengit. Jadual tahunan memang padat gila sampaikan nak jumpa keluarga sendiri pun susah, apatah lagi nak bercintan-cintun ni. Oh ya, untuk yang tak tahu. Artis kpop berkumpulan ni akan tinggal bersama dalam satu asrama untuk memudahkan urusan karier diorang. Setiap kali ada show, diorang ni nak cari masa tidur pun payah. Hari ni pergi London, esok terbang ke LA, malam esok terbang ke Korea balik. Kadang kadang tu make up pun dalam flight je. Gila kau tak penat macam tu punya life. Aku ambil contoh kumpulan Beast. Group ni memang famous dengan nama ‘recycle group’. Sebabnya semua ahli kumpulan ni pernah kena reject banyak kali dengan agensi lain atas alasan tak cukup bagus. Tapi diorang tak putus asa sebab nak buktikan yang diorang ni bukan sembarangan orang. Tak lama lepas tu, Cube Entertainment terima Beast dan diorang famous sampai sekarang.

Aku bukan nak racist tapi artis tempatan kita kurang peka. Ada antara diorang ni yang sambil lewa je bila dah terkenal. Dekat korea, kalau prestasi kurang memuaskan, bila bila masa je kau boleh kena buang. Contohnya Seungri dari kumpulan BigBang. Dia pernah nak ditendang keluar dari kumpulan tu disebabkan prestasi dia yang teruk. Tapi dia merayu untuk diberi peluang kedua dan nasib baik, dia masih lagi dalam kumpulan tu sampai ke hari ini. Kita tengok Rain pula. Ni kalau korang tak kenal gak aku pun tak tahu nak cakap apa. Ala yang berlakon cerita full house tu lah. Dulu ada orang pernah cakap dekat Rain yang dia tak ada harapan dalam dunia hiburan ni disebabkan saiz mata dia yang terlalu kecil. Tapi lepas dia debut dengan JYP Entertainment, Rain terus famous sampai ke pasaran US. Dia banyak berlatih dan belajar bercakap dalam bahasa inggeris dan sekarang ni, nama dia sebaris dengan pelakon terkenal Hollywood. Rain juga pernah tersenarai dalam 100 Most Wanted People oleh majalah terbesar US iaitu majalah People. Banyak filem Hollywood yang dia dah berlakon antaranya; Speed Racer, Ninja Assasins etc.

Tapi tak semua artis korea ni bagus sangat. Ada juga yang buruknya. Sebagai contoh ;

-           Fesyen pakaian diorang yang kadang kadang terlalu pelik, mengarut dah overact (seluar bersambung dengan skirt?dafuq?!)
-           Menurut kajian, hampir 90% artis di korea menjalankan pembedahan plastik untuk kelihatan cantik dan kacak. Walaupun penerimaan peminat sekarang lebih terbuka tapi still, fake.
-           Asal lelaki je mesti nak buat muka comel. Susah nak jumpa penyanyi lelaki yang manly (buing buing?gth)
-           Kalau lelaki pun macam tu, perempuan apetah lagi. Nak comel je 24/7. Muntah (okay yang ni memang aku jealous)
-           Ada rumors mengatakan yang kebanyakan live diorang miming je. Whoa

Aku cuma nak kongsi pendapat aku sahaja. Itu apa yang aku rasa. Aku tak ada niat pun nak bangga-banggakan sangat artis luar ni ataupun nak menghina artis tempatan tak berkualiti. Aku pun boleh lah dikatakan kipas-susah-mati budaya kpop ni gak. Tapi tu tak bermakna aku tak ambil tahu pasal artis tempatan. Aku cuma harap yang korang kat luar sana janganlah membenci sangat kpop ni. Nanti jadi macam aku. Kan dah terjebak. Haha. Kalau kau taknak dengar, jauhkan lah diri tu daripada sebarang pengaruh korea ni. Win win situation. Sekurang-kurangnya semua orang tak sakit hati. Untuk artis kita pula atau lebih tepat, artis MALAYSIA. Daripada kalian ni marah marah tak puas hati. Kononnya penganjur berat sebelah. Tak beri peluang untuk artis tempatan berkarya. Lebih baik anda semua ni ubah mentaliti masing masing. Cuba ambil positive value artis luar ni. Jadikan panduan dan pembakar semangat untuk terus memajukan diri dan industri tempatan. Sedangkan artis senior macam Fasha Sandha tu pun punctual gila kat set, kau setakat baru sebulan dua jadi artis dah nak kekwat. Tapi kot ya pun kau jangan lah pula konon konon nak ditirunya budaya kpop ni. Memang tak salah, tapi nak tiru pun buatlah betul betul. Ni tak, ambil ahli ramai ramai sampai berbelas-belas orang, dress up pun nak macam mat korea, tapi bab menari dengan menyanyi hancur. Disiplin sikitlah bro. Manalah tahu satu hari nanti pengaruh mpop sampai kat korea pulak ke?

Majulah industri muzik Malaysia!

p/s : segala info yang aku kongsi dipetik dari google. Kalau ada salah silap harap maafkan encik google. Bukan aku. Heheh



11 May, 2012

HATI OH HATI :)

ASSALAMUALAIKUM


fuhhh! semenjak nak masuk U ni macam2 benda yang nak kena uruskan. tak paham aku baca buku manual Uitm tu. *sakit kepala*. tapi nak buat macam mana kan. nak maju kenalah korbankan banyak benda. Alhamdulillah impian nak ambil course foundation in Tesl dipermudahkan. murah rezeki aku, syukurlah. Uitm Alor Gajah, Melaka, im coming this 2nd June! oh ya, bukan pasal tu yang aku nak cakap sebenarnya.

aku dalam dilema! dafuq? ni apahal aku terjebak dalam cintan cintun ni? haish. *facepalm*. aku taknak kata yang aku suka dia. tapi mungkin aku ada crush dekat dia kot. oh senior, apahal lah kau layan aku baik sangat. nak kata aku nervous sangat lepak dengan kau tak lah. tapi bila aku skodeng timeline kau tu, senyum2 kambing jugak lah aku. Astaghfirullahalazim atyn oii, apa kau buat ni? taknak fikir pasal benda ni. jauh lagi perjalanan aku.

ini kaulah punya pasal! menyoroklah sikit! senang sangat nak bagi bijik mata aku ni nampak kelibat kau. haha. salah sendiri nak salahkan orang lain pulak ye. bila difikirkan balik, nak dekat 7 tahun jugaklah aku kenal kau kan? *whoa!* eh eh, obvious sangat ke aku tujukan entry ni untuk kau hah? alamak. segannyaa... aku taknak bagitau perasaan aku kat kau. tapi kalau kau cakap dulu, aku terima lah kot. *muka miang* hikhik. well, kalau kita tak ada jodoh, aku doakan semoga kau akan jadi kawan yang memberi manfaat kat aku dan begitu juga sebaliknya. tapi kalau ada jodoh, aku lari sampai hujung dunia pun kau boleh tangkap aku kan? so, aku kenalah lupakan benda ni buat sementara waktu dulu. meh ni aku nak bagi serangkap pantun muhibah.


pergi ke pasar dihujung pekan,
untuk membeli ikan selar,
kalau ada jodoh berpanjangan
takkan lari cik abang dikejar ;)


p/s : when a guy confess his feelings, the girl would think, "this boy likes me". then she'll pay attention on him and begins to like him. (so, make your 1st move lah gila!)

06 May, 2012

KERETAMAYAT

ASSALAMUALAIKUM


oh ya, dah berapa lama ni? hampir empat bulan aku rasa. ahaha! aku memang sangat pemalas nak update blog. takde kerja aku tiap2 hari nak update blog. bukan kau nak baca pun.  kalau kau rasa hobi kau nak baca2 blog ni, bukak la blog aku 5bulan sekali. tak payah nak dijeling pun. sebab aku bukan menulis untuk kau follow ramai2. kalau nak follow, sukahati buah pinggang kau lah. kalau taknak, tak terkesan kotoran degil pun kat hati aku ni. (ehem, berbalik pada tajuk entry aku).

kau pernah baca keretamayat.blogspot.com? kalau kau rasa kau jahil agama. tapi pemalas nak mati dengar ceramah agama (baca buku agama apatah lagi). singgah2 la ke blog milik Encik Hamka ni. jangan risau, aku tak dapat waima seposen pun komisen daripada mempromote blog beliau. sejujurnya, aku boleh dikategorikan sebagai orang yang islam pada sekadar nama je. amal ibadah semua tunggang langgang. tapi kau pun jangan lah jadi bodoh jugak macam aku. sekali sekala pergi la bukak website yang mendatangkan ilmu dunia mahupun akhirat. daripada kau bukak youtube layan video arrivals,illuminati etc. takpun dok mengunci pintu bilik sebab taknak makbapak kau tahu yang kau tengah layan redtube apekejadah. (jangan ditanya mana aku tahu). tapi lepas baca blog ni, aku pun berusaha juga nak berubah kearah lebih baik. Insya-Allah....

sebelum aku menyimpang lagi jauh. jom ikut aku baca blog ni. sebenarnya aku pun taktau macam mana blog keretamayat ni boleh ada dalam list blog yang aku follow. seriously aku tak ingat. tapi dah alang2 tu aku pun baca la nak mengisi masa lapang. honestly aku cakap blog ni memang best kalau kau memang nak tahu ilmu agama serba sikit secara santai@relax. tapi harus diingatkanlah, penulis blog tu bukanlah ustaz,ulama mahupun imam2 masjid besar semua bagai. dia cuma seorang hamba Allah yang selalu mengingatkan sesama kita mengenai mati. kalau kau nak tanya hukum hudud semua bagai, kau pergilah tanya Ustaz Azhar Idrus tu. jangan ditanya Encik Hamka. silap haribulan dimakinya. haha. tapi kalau setakat nak tanya pendapat dia bolehlah. oh ya, penulis memang takde kaitan langsung dengan aku dari mana2 sudut sekalipun. memang aku saja nak bagi credit kat dia.

mula2 aku tengok blog dia ni memang sakit hati juga lah. pasal apa, entry dia boleh tahan panjang kemain. tapi bila kau dah start baca, memang tak boleh berhenti. cara penulisan memang kelakar dan sempoi. tak rugi kau baca. lagi banyak untung daripada kau dok google pasal kiamat 2012 apekejadaharamnya. paling tak, boleh kau tambah sikit ilmu kau yang tak seberapa tu tapi dok sibuk nak tarbiah orang pasal hijab apekehal? penulis banyak share topik yang meluas dari orang bujang, dah kawin, janda, duda, muda belia, sampai lah tua miang keladi. tapi 18 tahun ke atas la. kalau kau tak cukup umur tapi gedik nak baca juga lantak pi lah. bukan aku sakit pun. macam manapun, entry dia masih berkisarkan isu mati.

aku tak ada niat apa pun. saja suka2 nak share benda yang baik je. bak kata member2 aku, aku ni kan wikipedia bergerak. semua benda nak share. (sial, aku nak bagi kau ilmu tau tak?!). ehem, maaf atas keceluparan. alah, tak rugi apa pun. bukan aku suruh kau join MLM karut marut tu. tak susah. kau pergi tulis keretamayat.blogspot.com kat atas nun. lepas tu, luangkan masa kau yang mahal sangat tu sekejap je. dah dapat ilmu share ngan kengkawan lain. ajak orang buat benda baik kira berdakwah apa?



p/s : aku telah lama kelakar, hari ini kamu ketawakan aku, bukankah kita semua akan jadi mayat?
- encik hamka (keretamayat.blospot.com) -